Friday 26 August 2011

Perniagaan Internet (Online vs Offline)


Apakah perniagaan internet? Perniagaan internet ialah perniagaan yang dijalankan secara online, dimana pelawat didedahkan dengan iklan2 produk yang dapat menarik perhatian pelawat melalui laman web yang dibangunkan. Kemudian pelawat tersebut membeli barang dengan membayar secara online, pos ataupun bank-in. Produk yang dipesan akan di pos dalam tempoh masa tertentu kepada pelanggan.

Apakan kelebihan perniagaan online berbanding perniagaan offline :
Kos Murah - Untuk memulakan perniagaan internet, hanya memerlukan modal sekitar RM1,000 atau kurang berbanding dengan perniagaan offline yang memerlukan modal sekurang2 RM50,000 bai membuka sebuah kedai runcit.
Perniagaan Sepanjang Masa - Dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti. Tidak perlu memasang komputer anda sepanjang masa kerana laman web anda menggantikan anda bekerja 24 jam.
Kurang Risiko - Risiko kerugian untuk kegagalan web adalah kurang berbanding kedai runcit. Untuk membangunkan sebuah laman web perniagaan, modal yang diperlukan hanya sekitar RM400 - RM800. Jika rugi pun cuma dalam RM400 - RM800. Gagal dalam kedai runcit bermakna rugi hampir RM50,000.
Bekerja Dari Bilik Tidur - Merupakan kerja sambilan anda dan perlu memperuntukkan masa hanya 2-3 jam sehari untuk menguruskan email, tempahan dan kemaskini web hanya dari bilik tidur.
Pelangan Dari Seluruh Dunia - Walaupun anda menjalankan perniagaan internet secara sambilan, secara realitinya perniagaan anda bertaraf antarabangsa iaitu bersifat global. Pelanggan-pelanggan anda adalah dari seluruh pelusuk dunia.
Tidak Perlu Jumpa Pelanggan - Anda tidak perlu berjumpa dengan pelanggan. Hampir segala-galanya dari membalas email, menerima tempahan dan promosi dilakukan secara automatik. Jika ada sebarang masalah anda hanya perlu berkomunikasi dengan pelanggan melalui email, chat atau pun Yahoo! Mesengger! Terlalu mudah bukan?
Tidak Perlu Menyewa Pejabat - Hanya perlukan peralatan yang asas seperti set komputer, talian internet dan juga stok. Rumah anda adalah pejabat anda
Tidak Perlu Memohon Lesen - Semua perniagaan yang dijalankan secara offline memerlukan lesen berniaga dari Pihak Berkuasa Tempatan walaupun berniaga di Pasar Malam. Berbeza dengan perniagaan internet tanpa memohon sebarang lesen sehingga kini. Malah sesiapa sahaja boleh melakukannya.
Boleh Menjual Lebih Satu Produk - Memandangkan perniagaan internet ini dilakukan hampir kesemuanya automatik, maka anda boleh membuka peniagaan internet lebih dari 1 produk. Sekaligus ia merupakan cabang mengembangkan perniagaan anda. Tetapi, awas! Jangan terburu-buru memulakan perniagaan. Buatlah dengan perancangan yang teliti.
Pendapatan Dalam US Dollar - Bayangkan jika perniagaan anda dalam bentuk USD? Pendapatan anda juga dalam bentuk USD. jika produk yang anda jual RM47 / US47? Di Malaysia, anda menerima RM47 sahaja tetapi di luar negara anda menerima hampir RM173.90! Lebih dari 300% harga asal.

No comments:

Post a Comment